SEJARAH
PENUBUHAN
Penubuhan Masjid
Penubuhan Masjid
|
Masjid ini dibina pada tahun 1949yang diketuai
oleh seorang anak mudayang baru pulang
dari Tanah Suci Mekahiaitu Tuan Haji
Husin Bin Haji Mohd Amin. Masjid ini yang asalnya hanyasebuah surau
dibina secara bergotong-royong olehbeberapa orang pendudukkampung yang
juga sebagai pengasaskampung ini.
Antara mereka
yang terlibat dengan pembinaan masjid ini ialah Allahyarham Haji Ishak bin
Idris, Allahyarham Haji Che Su bin Idris, Allahyarham Mat Latih bin Abdullah,
Allahyarham Mat Yusof bin Latih, Allahyarham Haji Ismail bin Mamat, Haji Abas
bin Jenal serta beberapa orang lagi penduduk kampong.
Pada awalnya,
keluasan masjid hanya dapat menampung lebih kurang 50 orang jemaah sahaja
tetapi sekarang ini Masjid Kampung Baharu dapat memuatkan hampir 1000 jemaah
pada satu-satu masa. Masjid ini telah beberapa kali diperbesarkan bagi memenuhi
keperluan penduduk setempat yang semakin berminat mengimarahkan masjid.
Pada tahun
2006, masjid ini telah diganti dengan bangunan baru yang mana ia dibiayai
sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Masjid yang telah siap sepenuhnya pada 2008
telah ditukar nama kepada Masjid Haji Husin sempena nama pengasas masjid
tersebut iaitu Allahyarham Haji Husin bin Haji Md Amin, yang juga merupakan
imam pertama di masjid ini. Selain itu, imam yang turut juga bertugas di masjid
ini ialah Allahyarham Haji Che Su bin Idris, Tuan Haji Ismail bin Kasim, Tuan
Haji Abu Bakar bin Awang dan Tuan Haji Dzulkifli bin Hassan. Kariah masjid
terdiri dari beberapa kampung setempat sekitar Kampung Baharu iaitu Kampung
Gong Manok, Kampung Gong Tengah serta Kampung Gong Nering.
Masjid Haji
Husin yang tersergam indah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan
ciri-ciri keselamatan seperti CCTV, tempat meletak kenderaan, wakaf, tandas dan
sebagainya. Kemudahan yang ada juga dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk
setempat bagi menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan. Kedudukan masjid yang
strategik serta kemudahan prasarana yang disediakan menjadikan ia juga tempat
yang sesuai sebagai persinggahan para musafir untuk bersembahyang, berehat dan
sebagainya.