Thursday, October 2, 2014

SEJARAH PENUBUHAN

Penubuhan Masjid







Masjid ini dibina pada tahun 1949yang diketuai oleh seorang anak mudayang baru pulang dari Tanah Suci Mekahiaitu Tuan Haji Husin Bin Haji Mohd Amin. Masjid ini yang asalnya hanyasebuah surau dibina secara bergotong-royong olehbeberapa orang pendudukkampung yang juga sebagai pengasaskampung ini.
                                                        
Antara mereka yang terlibat dengan pembinaan masjid ini ialah Allahyarham Haji Ishak bin Idris, Allahyarham Haji Che Su bin Idris, Allahyarham Mat Latih bin Abdullah, Allahyarham Mat Yusof bin Latih, Allahyarham Haji Ismail bin Mamat, Haji Abas bin Jenal serta beberapa orang lagi penduduk kampong.

Pada awalnya, keluasan masjid hanya dapat menampung lebih kurang 50 orang jemaah sahaja tetapi sekarang ini Masjid Kampung Baharu dapat memuatkan hampir 1000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini telah beberapa kali diperbesarkan bagi memenuhi keperluan penduduk setempat yang semakin berminat mengimarahkan masjid.

Pada tahun 2006, masjid ini telah diganti dengan bangunan baru yang mana ia dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Masjid yang telah siap sepenuhnya pada 2008 telah ditukar nama kepada Masjid Haji Husin sempena nama pengasas masjid tersebut iaitu Allahyarham Haji Husin bin Haji Md Amin, yang juga merupakan imam pertama di masjid ini. Selain itu, imam yang turut juga bertugas di masjid ini ialah Allahyarham Haji Che Su bin Idris, Tuan Haji Ismail bin Kasim, Tuan Haji Abu Bakar bin Awang dan Tuan Haji Dzulkifli bin Hassan. Kariah masjid terdiri dari beberapa kampung setempat sekitar Kampung Baharu iaitu Kampung Gong Manok, Kampung Gong Tengah serta Kampung Gong Nering.

Masjid Haji Husin yang tersergam indah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan ciri-ciri keselamatan seperti CCTV, tempat meletak kenderaan, wakaf, tandas dan sebagainya. Kemudahan yang ada juga dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk setempat bagi menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan. Kedudukan masjid yang strategik serta kemudahan prasarana yang disediakan menjadikan ia juga tempat yang sesuai sebagai persinggahan para musafir untuk bersembahyang, berehat dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment